Thiago Silva menyatakan beliau terkilan apabila mendapat tahu PSG menandatangani Sergio Ramos dengan memberikan kontrak 2 tahun kepadanya.

Silva menegaskan beliau bukannya tidak sukakan Ramos, tetapi dia cuma kecewa cara kelab melayannya. PSG tidak menawarkan dia kontrak 2 musim seperti mana mereka tawarkan kepada Ramos, atas alasan Silva sudah terlalu berusia.

Bercakap kepada ESPN Brazil, pemain pertahanan tengah itu berkata: “Saya tidak ada isu tidak sukakan Sergio Ramos.”

“Tapi saya terkilan mereka menawarkan Ramos 2 tahun kontrak. Pemain itu sama umur dengan saya tahun lalu. Mereka benar benar membuatkan saya sedih.”

“Saya tidak bercakap tentang perkara ini dengan sesiapa, sebab ianya membuatkan saya sangat sedih, ibarat selama ini saya tidak memberikan apa apa sumbangan langsung kepada kelab.”

“Pemergian saya ibarat lembaran baru yang dibuka, dan pada masa yang sama saya banyak berfikir, banyak dipengaruhi oleh apa yang berlaku.”

“Saya berpendapat, sesuatu harus dilakukan. Kerana saya bukan bersama PSG 8 hari atau 8 bulan. Tetapi 8 tahun saya bersama mereka dengan banyak kejayaan kami capai, banyak kerja keras untuk mengubah nasib kelab, serta meletakkan PSG di tahap mereka ada sekarang ini.”

“Saya sentiasa mahu PSG menang, kerana kelab itu berhak untuk dihormati semua pihak. Namun, oleh kerana cara perkara ini berlaku, saya merasakan kesedihan dan berpendapat, ianya harus dilakukan dengan lebih baik.”

Baca juga artikel

Ronaldo Terima £480K Seminggu, Tertinggi Di EPL

TERKINI: Man United Mahu Cantas Legenda Mereka Daripada Sertai City

PSG Minta Real Bayar €220 Juta Dan Langsaikan Hutang Bonus €35 Juta Kepada Monaco